Cara Mengambil Air Wuduk Yang Sempurna
>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=-SVFMjEedss
Sebelum memulakan basuhan, jangan lupa niat wudhu’ ( baca niat) • Baca niat di dalam hati (contoh niat: sahaja aku berwudu kerana Allah) kemudian membaca • Bismillah • Sebelum membasuh anggota wajib, kita disunatkan membasuh anggota tertentu pada awalnya, • 1. Membasuh kedua telapak tangan sehingga pergelangan tangan sebanyak tiga kali dengan mendahulukan tangan kanan dan menyela-nyela jari. • 2. berkumur-kumur, dan membersihkan hidung dengan cara memasukkan air kemudian mengeluarkannya. • Selesai membasuh anggota sunat, kita mulakan dengan membasuh anggota wajib. Pertama sekali, kita mesti membasuh muka sampai ke paras telinga dan paras tempat tumbuh rambut hingga ke dagu, disunnahkan untuk membasuh muka tiga kali. • Kedua, Kita basuh dan ratakan air ke kedua belah tangan hingga paras siku. Mulakan dengan sebelah kanan dahulu dan disunnahkan untuk membasuh masing-masing tangan tiga kali. • Ketiga, kita dikehendaki menyapu sebahagian kepala, dan disunnahkan untuk menyapu ke seluruh kepala. Mulakan dengan membasahi kedua tangan dan letakkan kedua telapak tangan di atas rambut bahagian depan, sapukan kedua telapak tangan sehingga ke bahagian belakang kepala dan tarik kembali sehingga sampai ke mula menyapu tadi. Memadai menyapu satu kali tetapi dibolehkan sehingga tiga kali. • Seterusnya, kita disunatkan membasuh kedua-dua belah telinga luar dan dalam, dimulakan dengan sebelah kanan. • Namun, jika tidak membasuh telinga juga tidak mengapa. Kita boleh terus membasuh kedua-dua belah kaki hingga paras buku lali dan disunnahkan menyela-nyela jari kaki, masing-masing dibasuh tiga kali. • Akhir sekali, setiap anggota wudhu’ mestilah dibasuh mengikut tertibnya. Dan ditutup dengan membaca doa: • أَشْهَدُ اَنْ لاَ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ ، وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ • Boleh ditambah dengan: • اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِيْ مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَ • Our Website : • http://www.beanahomequran.com/ • Follow di Instagram: • / beanahomequ. . • Like kami di Facebook: / beana.homequ. . • #beanahomequran #homequran #privatetutor #jomngaji #mengaji #jomngaji #servismengaji #beanahomequran #kelasngaji #islam #islamicstudy #ngajikl #ngajisel #ngajiputrajaya #hometuition #kelasquran #kelasalquran #lovekids #tv3
#############################
