Resepi biskut badam coklat Rangup 2 bahan mudah tanpa oven











>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=068kp7sXNCY

Resepi biskut badam coklat adalah resepi biskut raya 2020 tanpa oven. biskut badam coklat ini rangup dan mudah untuk dibuat. Biskut badam coklat atau crunchy chocolate almond sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu istimewa. • Biskut Badam Coklat • Resepi yang sangat mudah ini hanya menggunakan 2 bahan sahaja. Rasanya yang sudah pasti sangat sedap kerana menggunakan badam dan coklat sebagai bahan asasnya. • Bahan - bahan : • 1 cawan coklat • 1 cawan hirisan badam • Cara - cara: • 1. Sangai hirisan badam di dalam kuali sehingga badam rangup dan masak. • 2. Sediakan periuk berisi air dan bekas yang sesuai untuk mencairkan kepingan coklat di atasnya. • 3. Mencairkan coklat menggunakan teknik didihan berlapis ini menggunakan api yang sederhana sahaja. Kacau sehingga keseluruhan coklat cair. Jika api terlalu kuat, dikhuatiri coklat akan berketul seperti doh dan rosak. • 4. Kemudian , masukan hirisan badam yang telah disangai tadi. Kacau rata sebentar kemudian tutup api dan angkat. • 5. Sediakan cawan kertas yang sesuai. Sudukan adunan badam coklat tadi ke dalamnya. • 6. Masukan ia ke dalam peti sejuk sebentar (10minit). Apabila sudah keras sempurna, sedia untuk dimakan. Selamat mencuba! • Info tambahan : • Anggaran kos • 500gm coklat keping : RM12.50 • 500gm badam : RM19.50 • Jumlah biskut : 110-150 biji. • • Muzik oleh : Ikson •   / ikson   • #biskutbadamcoklat #crunchychocolatealmond #malaykitchen

#############################









Content Report
Youtor.org / YTube video Downloader © 2025

created by www.youtor.org