Bagaimana Dr Sheikh Muszaphar Solat Di Angkasa Lepas
>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=77pmlz2RcbU
Beberapa hari akan datang adalah genap 10 tahun selepas Dr. Sheikh Muszaphar dilancarkan ke International Space Station. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa lebih kurang 150 ulama berkumpul bagi membincangkan mengenai cara beribadah di angkasa lepas. • Intro • Untuk pengetahuan anda, Dr Sheikh Muszaphar bukan merupakan angkasawan Muslim pertama. Sebelum ini, Putera Sultan bin Salman dari Arab Saudi, lebih awal mengukir nama dengan menaiki kapal angkasa Discovery pada 1985 dan diikuti pada tahun 2006 Anousheh Ansari, jutawan wanita Amerika Syarikat yang berasal dari Iran, melancong ke angkasa lepas. • Berbeza dengan Putera Sultan dan Anousheh, yang melaksanakan ibadah mengikut kemampuan dan pengetahuan masing-masing, Malaysia membuat perancangan teliti mengenai cara beribadah di angkasa lepas. • Para ulama dari seluruh dunia berkumpul bagi membincangkan mengenai tatacara ibadah di ISS bersama-sama JAKIM dan diadakan selama berbulan-bulan. Akhirnya sebuah booklet dapat dihasilkan hasil perbincangan tersebut. Hari ini saya akan menyampaikan sebahagian daripada isi booklet tersebut mengenai cara bersolat. Banyak lagi isi yang terkandung di dalam booklet tersebut, anda boleh download booklet tersebut, link di dalam description. • Kaedah wuduk • Untuk berwuduk, penggunaan air adalah sangat minimum di dalam kapal angkasa. Malah di dalam keadaan graviti mikro, air tidak jatuh ke bawah. • Masalah air terhad untuk berwuduk diselesaikan dengan bertayammum. Bagaimanapun, tanah atau debu mustahil dibawa ke dalam kapal angkasa kerana faktor keselamatan. Sehubungan itu, angkasawan dibolehkan menepuk dinding, kerusi atau cermin dalam kapal angkasa walaupun tiada debu. • • Dalam isu berkaitan, katanya istinjak untuk membersihkan hadas besar atau kecil dilakukan dengan menggunakan kertas tisu. • Tunaikan solat • ISS mampu mengelilingi bumi dalam tempoh hanya 90 minit, berbanding satu pusingan bumi yang memerlukan 24 jam dengan semua lima waktu solat fardu perlu dilaksanakan dalam tempoh itu. Ini bermakna, setiap angkasawan Islam terpaksa melaksanakan sehingga 80 waktu solat fardu dalam tempoh 24 jam di bumi berikutan ISS mengelilingi bumi sebanyak 16 kali dalam tempoh berkenaan. • Oleh itu, angkasawan diberi kelonggaran untuk bersolat lima waktu dalam tempoh 24 jam menggunapakai waktu solat tempat berlepas angkasawan. Maka Dr. Sheikh Muszaphar perlu mengikut waktu solat di Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan semasa berada di ISS. Kelonggaran bersembahyang boleh dipraktikkan berdasarkan kepada kaedah rukhsah dan darurat yang memudahkan seorang Muslim untuk melaksanakan ibadah dalam keadaan bermusafir. • Arah kiblat • Arah kiblat boleh berubah sebanyak 180 darjah dalam satu sesi solat kerana ISS bergerak selaju 27,577 km sejam mengelilingi bumi. Maka, para ulama menetapkan penentuan qiblat adalah mengikut kemampuan berdasarkan urutan berikut: i. Kaabah ii. Unjuran Kaabah iii. Bumi iv. Mana-mana arah. • Dari segi cara solat, antara cara yang boleh dilakukan ialah mengikat tubuh pada bahagian tertentu kapal angkasa. ISS mempunyai tali pinggang yang diikat kepada kapal angkasa apabila tidak mahu terapung. Dalam keadaan statik itu, angkasawan boleh menunaikan solat. • Berpuasa • Secara kebetulan, Ramadan masih berlangsung selepas Dr Sheikh Muszaphar berlepas ke ISS. Jakim menggalakkan angkasawan negara berpuasa di ISS kerana pengalaman ini sukar dirasai pada masa depan dan pada masa sama, mengetahui persamaan dan perbezaan berbanding berpuasa di bumi. Jika memberatkan dan menimbulkan masalah, angkasawan boleh meninggalkan puasa, tetapi perlu menggantikan semula. Seperti solat, waktu berbuka dan bersahur adalah mengikut waktu tempat kapal angkasa berlepas. • Epilog • Islam tidak menghalang umatnya mencapai kejayaan di dunia. Hal ini kerana Allah telah memilih manusia sebagai khalifah di muka bumi untuk memakmurkan bumi ini. Marilah kita sama-sama menjadikan dunia ini sebagai tempat yang lebih baik melalui penglibatan dalam bidang sains dan teknologi. Assalamualaikum. Goodbye. • Chapters: • 0:00 Intro • 1:20 Kaedah Berwuduk • 1:58 Tunaikan Solat • 2:51 Arah Kiblat • 3:34 Puasa di Angkasa • 4:06 Epilog
#############################
![](http://youtor.org/essay_main.png)