Usop Sontorian Bermain Rakit
>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=9TXEnejU95w
Usop Sontorian • Kartun ini mula ditayangkan pada tahun 1993 dan merupakan siri animasi pertama buatan Malaysia. Usop Sontorian mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang bernama Usop yang tinggal di Kampung Parit Sonto yang terletak tidak jauh dari pekan Ayer Hitam, Johor. Dia tinggal bersama ibu bapanya dan merupakan anak yang bongsu dalam keluarga. Kakaknya gemar menyuruhnya ke kedai runcit membeli asam boi manakala abangnya pula gemar berbasikal keliling kampung untuk mencari Usop. Usop mempunyai beberapa orang kawan sekampung sepeti Abu, Dol, Ah Kim, Vellu dan Singh. Dia juga memiliki seekor ayam yang selebet bernama Selebet. • Siri Usop Sontorian telah dihasilkan sebanyak 49 episod antaranya: Lari Dari Rumah, Kawan Baru, Peminat Setia, Dol Pindah, Main Gitar, Pendekar, Bermain Rakit, Berkhemah, Selebet, Olahragawan, Ketua Kelas, Misi Mustahil, Abu Oh Abu, Kartini, Anak Gajah, Budin Ke KL, Sayang Kak Kiah, Dunia Air, Merdeka dan lain lain. • Yang bestnya pasal kartun ni ialah jalan ceritanya yang berkisar tentang aktiviti budak-budak kampung pada zaman tu. Contohnya main rakit, lastik burung, main meriam buluh mandi sungai. Dialog yang digunakan pun memang kelakar tak hengat. Tak hairanlah sebabnya kebanyakan orang kuat yang menghasilkan kartun ini adalah kartunis-kartunis komik Ujang yang sememangnya lawak. • Jangan tak tahu, Usop Sontorian pun pernah ke antarabangsa mencipta sejarah apabila mendapat sambutan hangat daripada masyarakat Jepun ketika ditayangkan di Festival Animasi Asia (Hiroshima) pada Jun 1996. Usop Sontorian berlegar di seluruh dunia dengan pelbagai tajuk antaranya, Usop Dan Kawan-Kawan, Adventures Of Usop dan Usop And Geng. • Jom sama-sama kita saksikan bagaimana gelagat Usop dan kawan-kawannya dalam episod Bermain Rakit... • Official facebook page: / zamankanakkanak
#############################
