BANK RAKYAT INTEGRITY FORUM 2020











>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=DtAa2_2ggw0

#BankRakyat #BRYourBankOfChoice #BRTVBulletin #UnitedNationsMalaysia #SDGsMalaysia #MEDMalaysia #DKN2030 • KUALA LUMPUR, SELASA, 14 JANUARI 2020 – Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan Forum Integriti Bank Rakyat 2020 yang diadakan buat julung-julung kalinya. Program ini menyaksikan hampir 90 individu pengurusan Bank Rakyat dari seluruh negara melafazkan ikrar Bebas Rasuah, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang diketuai oleh Pemangku Pengarah Urusan Bank Rakyat, Dato‘ Rosman Mohamed sambil disaksikan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Dato’ Shamshun Baharin Mohd Jamil. Menerusi lafaz ikrar tersebut, Bank Rakyat juga mengumumkan bahawa melangkah ke hadapan, Bank akan mengamalkan Polisi Tiada Hadiah dalam operasi mereka. • Bank Rakyat, sebuah agensi Kementerian Pembangunan Usahawan (MED), mencatatkan satu peristiwa penting pada 6 Januari 2020 yang lalu apabila ia melancarkan identitinya sebagai Bank Lestari dengan menerapkan Tadbir Urus dan Kelestarian sebagai teras utamanya. Bertemakan Penginstitusian Reformasi dalam Malaysia Baharu , Forum Integriti Bank Rakyat 2020 yang berlangsung selama satu hari ini menghimpunkan para pemikir dan pemimpin negara untuk membincangkan isu berkaitan integriti dan tadbir urus. • Kami terharu kerana bukan sahaja menerima sokongan daripada Menteri Pembangunan Usahawan, YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof dalam perjalanan baharu kami ini, malah juga berbesar hati atas kesudian Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk melancarkan Forum ini sekali gus mengukuhkan lagi hasrat kami untuk menginstitusikan reformasi dan memupuk budaya tadbir urus, integriti dan antirasuah kepada bukan sahaja warga kerja, malah juga kepada pihak berkepentingan kami selaras dengan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) yang dilancarkan pada Januari 2019, kata Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso yang menyertai Bank 13 bulan yang lalu. • Pengerusi Bank Rakyat turut mengadakan sesi perbualan khas bersama Perdana Menteri Malaysia, yang merupakan peristiwa unik dalam sejarah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), yang mana mereka berbincang berkaitan GLC yang dibina berasaskan visi dan legasi tertentu, sama ada ia boleh dikekalkan atau memerlukan pengubahsuaian semula mengikut peredaran masa. • Forum ini menyaksikan lima sesi panel yang membincangkan topik seperti, Malaysia pada tahun 2030 - Visi; Model Tadbir Urus, Etika, dan Kelestarian Perniagaan Berkaitan Kerajaan; Legasi dalam Peralihan - Diperbaharui atau Dikekalkan – sesi temu bual bersama Perdana Menteri Malaysia, Tadbir Urus dan Kelestarian Kemakmuran Bersama, Salah Guna Tadbir Urus, Reformasi yang Diperlukan dan Keadaan Tadbir Urus di Malaysia – Sesi Perbualan bersama Menteri, yang mana hasil daripada perbincangan forum ini dijangka akan dikongsikan kepada Kerajaan Malaysia. • ================================================== • Official Bank Rakyat Website: https://www.bankrakyat.com.my • Official Bank Rakyat Instagram:   / mybankrakyat   • Official Bank Rakyat Twitter:   / mybankrakyat   • Official Bank Rakyat Facebook:   / mybankrakyat  

#############################









Content Report
Youtor.org / YTube video Downloader © 2025

created by www.youtor.org