MEMBUAT MINYAK SAMBIL MERUNGKAI RAHSIA BUAH DAN DAUN PINANG
>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=OhNynhPukZw
PINANG ATAU ARECA CATECHU • POKOK PINANG ( Areca catechu) tumbuhan daripada famili Arecaceae adalah pokok dikawasan tropika yang mana ia ditanam untuk mendapatkan buahnya dan sebagai tanaman landskap. • Pokok ini selalunya tumbuh diantara 10 - 30m dan meruncing dibahagian pucuk. Lazimnya pokok pinang matang mempunyai ukuran melintang batang pokok 15 cm sehingga 20cm. • Buah pinang lazimnya berbentuk bulat dan berwarna hijau semasa muda dan apabila masak ia menjadi kuning dan merah • Daunnya berukuran 1.5 - 2.0 meter panjangnya, berbucu tajam, dan terdiri daripada anak daun yang banyak bilangannya. • Dalam bahasa Hindi buah pinang ini dipanggil 'Supari' dan 'Pan-supari' digunalan bersama sirih pinang. • Dalam bahasa Thai sebagai 'Mak' dan kalangan masyarakat Cina memanggilnya hampir sama dengan Melayu iaitu Pin-lang . • Umumnya pokok pinang akan membiak dengan cara menanam biji yang sudah cukup masak. • Pokok pinang yang mana ia merupakan satu spesis tumbuhan palma atau faili Arecaceae mudah tumbuh di kebanyakan kawasan tropika Pasifik, Asia dan bahagian-bahagian Afrika timur. • Pokok Pinang ditanam untuk memperolehi buah dan bijinya yang penting dari segi ekonomi. Bahagaian biji ini mengandungi bahan alkaloid seperti arecaine dan arecoline dimana orang kampung dakwa ia boleh menyebabkan rasa keasyikan dalam penggunanya apabila dikunyah. Pokok pinang ini selalu ada ditanam di India, Malaysia, Taiwan dan negara Asia lain untuk penghasilan buahnya. • 'Buah Pinang Muda' dan biji buah pinang yang digunakan untuk dimakan bersama sireh serta kapor memang berleluasa digunakan oleh orang lelaki di Myanmar dan tidak kurang juga dahulu dikalangan orang Melayu di Malaysia dan Indonesia dimana didalam adat perkahwinan orang Melayu serta orang India, sireh pinang amat penting . Sireh, pinang, gambir, kapur, lada hitam, kemenyan dan lain-lain diletakkan dalam tepak sireh semasa adat perkahwinan. • Potensi penggunaan buah pinang agak kurang diketahui oleh masyarakat bandar masa kini. Didakwa dimana buahnya boleh digunakan untuk perubatan. • Pucuk daun kumpulan Areca bagaimana pun dilaporkan ada digunakan sebagai penghapus parasit. • Hampas kepada buah pinang rebus pula diletakkan pada luka-luka. • Dalam pada itu bahan alkaloid dalam pinang termasuklah arekolin, arekaidin, arekain, guvacin, arekolidin, guvakolin, isoguvakolin dan kolin mempunyai kegunaan untuk bahan kesihatan dan kecantikkan serta ubat. • Bahan Arekolin yang selalunya bersifat toksik mampu bertindak sebagai dadah nikotin ke atas sistem saraf. Ia boleh juga menyebabkan sawan yang mana kesan paling kronik boleh menyebabkan akhirnya mangsa menjadi lumpuh. • • KHASIAT PINANG DAN DAUNNYA • 1. Meningkatkan gairah Ambil satu biji buah pinang yang belum mengeras. Kerat-kerat kemudian kunyah dan makan. • 2. Mengubati cacingan dengan cara minum air hasil rebusan daun pinang yang disaring • 3. Menguatkan gigi dan gusi Ambil beberapa biji buah pinang. Iris menjadi beberapa bagian, kemudian kunyah irisan tersebut. • 4. Sakit pinggang Ambil beberapa lembar daun pinang. Tumbuk daun tersebut dan hangatkan. Setelah itu tumbukan tersebut dibalutkan di tempat yang sakit. • 5. Kudis Parut satu biji buah pinang. Campur dengan seperempat sendok teh kapur sirih dan air secukupnya. Oleskan di bagian yang sakit. • 6. mengandungi Zat psikoaktif merupakan zat yang memengaruhi fungsi otak dan menyebabkan perubahan pada pikiran, perilaku, atau perasaan. Contoh zat psikoaktif yaitu kafein, alkohol, nikotin, dan obat pereda nyeri tertentu. • 7. Meningkatkan tenaga dengan mengunyah biji pinang untuk meningkatkan stamina • Alkaloid di dalamnya mampu melepaskan adrenalin, iaitu hormon yang muncul ketika seseorang mengalami emosi ekstrem serta perasaan yang meluap-luap. • 8. Menjaga kesehatan jantung • Menurut sebuah penelitian di India, buah pinang berpotensi memperkuat otot jantung, menurunkan tekanan darah • 9. Melindungi hati dari kerusakan • Pada penelitian terhadap haiwan, ekstrak buah pinang dan daun sirih terbukti memiliki manfaat untuk kesehatan hati. Ekstrak tersebut dapat melindungi hati dari carbon tetra-chloride (CCl4), salah satu zat yang dapat menyebabkan kerosakan pada hati. • 10) Berpotensi mengurangi gejala skizofrenia • Beberapa penelitian pernah menyebutkan bahwa buah pinang berpotensi mengurangi gejala skizofrenia. Penyakit skizofrenia merupakan gangguan kronik pada otak yang ditandai dengan halusinasi, delusi, serta gangguan cara berpikir atau berbicara. • Alkaloid bekerja langsung pada saraf otak untuk mengurangi keparahan gejala. Meskipun begitu penemuan ini masih perlu diteliti lebih lanjut. • 11) Menghapuskan kutu kepala dengan cara melumur air rebusan daun pinang. • Selain bahan- bahan yang telah di sebut terdapat juga Protein, Lemak: Karbohidrat, Thiamin, Riboflavin (vitamin B2) Niasin (vitamin B3), Natrium, Kalium, Kalsium, Fosfor dan Zat besi • Kalori pinang ialah sekitar : 339 kkal • #kualakangsar • #minyakPinang
#############################
