Ayam Masak Merah Madu











>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=Q3Z4UBNTSTA

Resipi ayam masak merah madu ini sesuai dimasak untuk dihidangkan dengan nasi minyak. Masukkan sedikit madu asli CED untuk menjadikan ianya lebih sedap dan madu asli CED tiada sebarang bahan pengawet, pewarna tiruan ataupun gula tambahan. Pasti anak anak suka dengan rasanya. • Produk keluaran CED boleh didapati di mana mana kedai runcit dan pasaraya. Anda boleh layari CED Facebook page untuk maklumat lanjut. • AYAM MASAK MERAH MADU • Bahan bahan: • 1 ekor ayam - 1 kg • 1 biji bawang besar kuning - hiris • Rempah 3 sekawan - Kulit kayu manis/bunga lawang/buah pelaga • 5 sudu besar cili kering kisar • 4 sudu besar sos tomato • 4 sudu besar sos cili • 3 sudu besar sos tiram • ½ cawan air atau secukupnya • 3 sudu besar madu asli CED • 1 helai daun pandan • ½ sudu kecil garam CED atau secukupnya • Bahan kisar: • 3-4 batang serai • 3 batang cili merah - dibuang biji • 1 inci halia • 5-6 ulas bawang putih • 4 biji bawang merah • 2 biji bawang besar - saiz sederhana • 1 inci kunyit hidup - opsyenal • Cara-cara: • 1. Lumur ayam dengan 3/4 sudu besar garam CED dan 3/4 sudu besar serbuk kunyit dan kemudian di goreng sekadar masak sahaja. Nota: Jangan garing. • 2. Panaskan minyak dan tumis rempah 3 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau. • 3. Masukkan cili kisar. Tumis atas api sederhana sehingga terbit minyak. • 4. Masukkan bahan sos dan air. Masak sehingga mendidih. • 5. Masukkan ayam, madu dan daun pandan. Kacau rata. Renih sehingga terbit minyak. Masukkan garam jika perlu. Tutup api. • Jangan lupa sertai Raya Menang - Contest dan berpeluang memenangi hadiah yang lumayan. Maklumat lanjut seperti berikut: • Tempoh: 15 Mac - 31 Mei 2022 • Cara cara: • 1. Beli sebarang produk CED atau Mega Food Products • 2. Snap gambar resit pembelian dan WhatsApp ke 016-357 9733 atau Scan kod QR tertera dalam poster ini. Pemenang akan diumumkan selepas tamat tempoh contest. • #CEDMalaysia • #CEDHoney • #JomBerbukaDenganCED • #BerayaBersamaCED

#############################









Content Report
Youtor.org / YTube video Downloader © 2025

created by www.youtor.org