Tipu bida 8 syarikat IT kena penalti lebih RM15 juta
>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=Vt8VeCBV54I
Lapan syarikat berkaitan teknologi maklumat (IT) dikenakan penalti kewangan berjumlah RM1,548,192.36 selepas didapati terbabit dalam aktiviti tipuan bida membabitkan empat projek berasingan di sebuah institusi pengajian tinggi. • Lapan syarikat itu ialah Tuah Packet Sdn Bhd (Tuah Packet), Caliber Interconnects Sdn Bhd (Caliber), Aliran Digital Sdn Bhd (Aliran Digital), ViaMED Sdn Bhd (ViaMED), Novatis Resources Sdn Bhd (Novatis), • Silver Tech Synergy Sdn Bhd (Silver Tech), Venture Nucleus (M) Sdn Bhd (Venture Nucleus) dan Basenet Technology Sdn Bhd (Basenet). • Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan (MyCC), Iskandar Ismail, berkata lapan syarikat itu dikesan terbabit dalam penipuan bida projek bernilai bernilai RM1,925,365.90 diperoleh oleh Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA). • Beliau berkata, siasatan mendapati sebuah projek perolehan membabitkan sehingga enam syarikat sebelum mereka membentuk dua kartel bagi memenangi sebut harga terbabit. • Ketika siasatan dibuat, katanya, MyCC mendapati tiga lagi projek lain mengandungi unsur tipuan bida sama. • Perolehan yang terjejas membabitkan sebut harga pada 2016 bernilai RM467,727, tender bernilai RM939,852 (2015), sebut harga RM475,000 (2015) dan sebut harga RM42,786.90 (2015). • Siasatan bermula pada 2017 selepas pihak ASWARA membuat laporan mengenai dakwaan perlakuan tipuan bida membabitkan projek di situ. • MyCC memulakan siasatan mengikut Seksyen 15 Akta Persaingan 2010 untuk memastikan sama ada berlaku pelanggaran Seksyen 4 mengikut akta sama, katanya pada sidang media, di sini. • Iskandar berkata, MyCC akan menyarankan lapan syarikat terbabit disenarai hitam daripada terbabit dalam pembidaan tender di agensi kerajaan berdasarkan Pekeliling Kerajaan (PK) 1.6. • https://www.bharian.com.my/berita/nas... • ----------------------- • #BH #BHTV • www.bharian.com.my/bhtv :: www.facebook.com/bhonline :: www.twitter.com/bharianmy :: www.instagram.com/beritaharian :: www.linkedin.com/company/beritaharian :: www.tiktok.com/@bharianmy
#############################
