HABISLAH MP PENDANG BAKAL DIRUJUK KEPADA JAWATANKUASA amp HAK KEBEBASAN PARLIMEN
>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=kII85Wfs45o
Awang Hashim (PN-Pendang) dituntut memohon maaf dan diharap insaf selepas membuat kenyataan mendakwa wang tunai berjumlah RM94 juta ditemui di kediaman seorang bekas menteri dari DAP. • Lim Guan Eng (PH-Bagan) berkata dakwaan yang dibuat Awang terhadap bekas Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, jelas tidak benar dan telah dinafikan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). • “Ahli Parlimen PAS dari Pendang (Awang Hashim) telah membuat kenyataan yang haram. • Beliau harus insaf atas kenyataan fitnah dan pembohongan ini kerana SPRM telah menafikan sekeras-kerasnya kenyataan yang bersifat fitnah, yang haram itu. • “Oleh sebab itu, kita minta Speaker Dewan Rakyat mengambil tindakan yang keras terhadap pimpinan PAS atas kenyataan tersebut, yang jelas satu fitnah dan pembohongan, katanya. • Bercakap kepada media di parlimen hari ini, bekas Setiausaha Agung DAP itu mengingatkan, jika Awang gagal meminta maaf atas tuduhan yang dibuatnya semalam, parlimen akan menjadi tempat seseorang mengeluarkan fitnah. • Keadaan itu, tambah Lim, tidak akan memberi sebarang manfaat kepada negara. • Dapat restu atau tidak • Ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat semalam, Awang membangkitkan dakwaan penemuan wang tunai berjumlah RM94 juta yang dikaitkan dengan seorang bekas menteri daripada DAP. • Sampai sekarang, kita masih tidak tahu sejauh mana siasatan telah dibuat,” katanya. • Kenyataan itu mendoroang RSN Rayer (PH-Helutong) bangun mencelah dan meminta tindakan tegas diambil terhadap Awang kerana membuat tuduhan tanpa bukti terhadap DAP. • Namun Awang tidak mengendahkan teguran itu. • Sementara itu Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) turut meminta pemimpin PAS menyatakan pendirian terhadap tindakan Awang. • Dakwa Khoo, sejak kebelakangan ini ramai ahli parlimen PAS yang mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah, tidak benar, dan direka-reka. • “Sebelum ini pun kita masih ingat Ahli Parlimen Kepala Batas (Siti Mastura Muhammad) membuat dakwaan ahli parlimen Bagan (Lim) ada hubungan dengan Chin Peng. • “Semalam Pendang (Awang) pula buat dakwaan kononnya SPRM ada jumpa duit RM94 juta di sebuah rumah milik bekas menteri. Itu semua palsu,” katanya. • Justeru, kata Khoo, dia mahu mendapatkan kepastian sama ada PAS merestui perbuatan sebegitu atau sebaliknya. • Tambah Khoo, sebagai individu yang beragama, dia yakin semua ajaran mengajak penganutnya agar bersikap jujur pada setiap masa. • “Saya nak tanya kepada PAS yang perjuangan politik mereka kata berasaskan Islam, adakah itu yang dibenarkan dalam agama Islam yang dipercayai oleh umat islam ini. Saya nak PAS jawab,” katanya. • Pada sidang media yang sama V Sivakumar berkata dia sangat kecewa dan tersinggung dengan kenyataan Awang. • Kata Ahli Parlimen Batu Gajah itu, kenyataan Awang semalam jelas suatu cubaan untuk mencemar nama baiknya beliau sebagai seorang ahli Dewan Rakyat serta parti yang diwakilinya. • “Tindakan SPRM dalam satu kenyataan menjernihkan situasi ini amat dihargai. • “Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung penemuan wang RM94 juta tersebut yang dinyatakan Pendang,” katanya. • Sumber Video • 1. YT Parlimen Malaysia • 2. https://www.malaysiakini.com/news/724917 • #malaysia #mppendangkakifitnah #politikussampahpn • Join this channel to get access to perks: • / @oraitnopochannel
#############################
