Semakan Peka b40
>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=me7Y4eBUHqk
Semakan Peka b40 • http://pekab40.com.my/ • Maklumat Umum • Apakah PeKa B40? • Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) adalah satu inisiatif Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang bertujuan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah, dengan memberi fokus terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD). • PeKa B40 ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangan mereka, yang berumur 40 tahun dan ke atas, secara automatik layak menyertai PeKa B40. Tiada pendaftaran khusus diperlukan untuk menyertai PeKa B40. • Mengapakah PeKa B40 diwujudkan? • Sila rujuk di sini. • Apakah objektif PeKa B40? • PeKa B40 bertujuan untuk meningkatkan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang diperlukan, mengurangkan beban kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat. Inisiatif ini memberi penekanan kepada penyakit tidak berjangkit dan memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama sektor awam dan swasta, lebih-lebih lagi di peringkat penjagaan kesihatan primer. • Apakah manfaat PeKa B40? • Saringan Kesihatan • Bantuan Alat Perubatan • Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser • Insentif Tambang Pengangkutan • • Siapakah yang layak menyertai PeKa B40? • Ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam lingkungan pendapatan isi rumah 40% terendah, yang dikenali sebagai kumpulan B40. Kelayakan menyertai PeKa B40 adalah berdasarkan kriteria berikut: • Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) dan pasangannya yang berdaftar. • Berumur 40 tahun dan ke atas. • Bagaimana penerima dapat mengetahui kelayakan mereka untuk menyertai PeKa B40? • Penerima BSH dan pasangannya yang berumur 40 tahun dan ke atas boleh menyemak kelayakan di sini dengan hanya memasukkan nombor MyKad dan kombinasi maklumat lain. • Adakah penerima PeKa B40 dikenakan sebarang bayaran? • Tidak. Tiada sebarang bayaran akan dikenakan. Semua manfaat PeKa B40 diberikan secara percuma. • Mengapa PeKa B40 hanya melibatkan kumpulan B40 yang berumur 40 tahun dan ke atas sahaja? • PeKa B40 bermula sebagai projek perintis dan dilaksanakan secara berperingkat. • Lebih ramai kumpulan B40 menghidapi penyakit tidak berjangkit berbanding kumpulan lain (M40 T20). • Peringkat umur 40 tahun ke atas juga mempunyai beban penyakit NCD yang lebih tinggi, dan belum dikesan atau tahap penyakit tidak dikawal dengan baik. • Ia akan diperluaskan kepada kumpulan yang lain bergantung kepada keberkesanan program ini dan peruntukan kewangan dari Kerajaan. • Apakah syarat untuk menerima Manfaat 2, 3 dan 4? • Pesakit mestilah penerima BSH atau pasangannya dan berumur 40 tahun dan ke atas; • Telah melakukan Saringan Kesihatan (Manfaat 1); dan • Permohonan mestilah dilakukan melalui hospital Kementerian Kesihatan Malaysia sahaja. • Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada seksyen Manfaat di sini. • Siapa pentadbir skim PeKa B40? • ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth), yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). akan mentadbir skim ini. • Sebagai sebuah syarikat yang tidak berasaskan keuntungan, ProtectHealth menyelaras, mentadbir dan menguruskan inisiatif yang berkaitan dengan pembiayaan perkhidmatan penjagaan kesihatan sepertimana diamanahkan oleh KKM. • ProtectHealth sebagai pentadbir Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) seperti yang telah dimandatkan oleh Kerajaan tidak ditakrifkan sebagai Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (Managed Care Organization) di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586). Klik sini untuk maklumat lanjut.
#############################
