iFitri buat 115000 rakyat Terengganu
>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=qU4EidAVcSA
Kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan raya menerusi i-Fitri kepada seramai 115,000 rakyat yang layak pada tahun depan membabitkan peruntukan kira-kira RM33.47 juta. • Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan berjumlah RM400 akan disalurkan kepada 31,500 isi rumah miskin manakala bantuan RM250 pula diberikan kepada 83,500 isi rumah berpendapatan antara RM2,500 hingga RM5,000. • Katanya bantuan berkenaan akan disalurkan menjelang hari raya nanti dan diharapkan ia dapat menyokong kewangan kesemua isi rumah B40 dan sebahagian isi rumah M40 supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan lebih meriah dan berkat selepas dua tahun menyambutnya dengan penuh keterbatasan. • Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan Terengganu 2022 pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Ke-14 (Bajet) di Wisma Darul Iman, pada Isnin. • Sebelum ini, pemberian dana raya yang menjadi tradisi pemberian kerajaan negeri Terengganu kepada rakyat negeri yang layak ditukar kepada bantuan Covid-19. • ------------------------------------------------------------------------- • #HMETRO #METROTV • ▪️ Berita terkini di http://www.hmetro.com.my • ▪️ Telegram https://t.me/hmetro • ▪️ FB / harianmetro • ▪️ Twitter / hmetromy • ▪️ Instagram / hmetromy • ▪️ TikTok / hmetromy
#############################
![](http://youtor.org/essay_main.png)