MUHYIDDIN CAKAP BESAR amp TEMBERANG DS ANWAR PULA SELAR TINDAKAN PESURAJAYA PAS PERAK











>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=r8lOOqy-tyU

Bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin sekali lagi mengecam kerajaan perpaduan pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang didakwanya gagal menangani masalah kekurangan beras tempatan di pasaran. • Bercakap dalam temu bual dengan sebuah akhbar harian, katanya, isu seumpama itu tidak akan dibiarkan berlarutan jika gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diterajuinya berkuasa. • “Isu beras tempatan hilang, sampai hari ini tak selesai, tetapi kalau Program Rahmah (anjuran kerajaan) ada pula beras tempatan. • “Orang tanya mana pergi beras tempatan, tak terjawab sampai la hari ini. • “Kalau PN berkuasa, mungkin dalam tempoh sebulan kita dah selesaikan masalah ini,” kata Muhyiddin kepada Sinar Harian dalam program temu bual eksklusif baru-baru ini, di laman Pengerusi PN itu berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan berhubung dakwaan pembangkang dilihat lemah. • Muhyiddin yang menafikan tanggapan itu berkata PN telah menjalankan peranannya sebagai pembangkang dengan menyuarakan isu rakyat, termasuk kenaikan kos sara hidup. • Bagaimanapun, katanya, kerajaan yang gagal mendengar dan menangani masalah itu. • Muhyiddin turut menimbulkan keraguan terhadap usaha kerajaan menangani isu bekalan beras tempatan. • “Ini apa sebab? Apakah kerajaan bersekongkol dengan pihak pengilang atau pengedar (beras) dan sebagainya? • “Apa yang kerajaan buat? Tak ada penyelesaian sampai hari ini. (Siapa) kata kita (PN) tak bersuara? • “Dah bersuara selalu tetapi kerana kerajaan lemah, takkan sebab kerajaan lemah, maka dikaitkan dengan soal pembangkang yang lemah,” katanya. • Semasa temu bual itu, Muhyiddin menyatakan kepercayaannya bahawa kemarahan orang ramai terhadap kegagalan Putrajaya menangani masalah rakyat akan dapat dilihat pada pilihan raya umum akan datang. • Katanya, rasa tidak puas hati itu, ditambah pula dengan ketidakpercayaan orang Melayu terhadap DAP, akan diterjemahkan dengan kemenangan yang memihak kepada PN. • “Adakah orang Umno yang sokong Umno itu akan terus sokong? Dia dah lihat kesan gabung itu wujudnya DAP. • “Sikap mereka dan timbul banyak kebimbangan ramai rakyat Melayu Islam tentang campur tangan mereka. Nak kata campur tangan pun, memang mereka dah berkuasa. • “Dan sebab kekuasaan yang ada, mereka gunakan kedudukan mereka untuk pengaruhi untuk ikut dasar mereka, dan dasar mereka kita tau tak secocok dasar Bersatu atau dasar Umno atau dasar PAS dan dasar orang Melayu. • “Saya fikir akan sampai ketika masa pilihan raya hal ini akan terlerai,” kata Muhyiddin. • ========================================================================= • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak boleh bertolak ansur sama sekali dengan mereka yang menanam sifat kebencian antara kaum di negara ini. • Menyifatkannya sebagai bibit-bibit rasisme yang wujud di negara ini, Anwar memberikan contoh bahawa kelompok ini cuba mempermainkan ciri fizikal sesuatu kaum, seperti tidak mahu menjalin kerjasama dengan mereka yang bermata sepet atau berkulit hitam. • “Apakah Islam mengizinkan penghinaan kerana warna kulit? Bukankah Bilal bin Rabah dengan bibir tebal dan warna kulit hitam tapi didakap oleh keluarga Rasulullah SAW sebagai anggota keluarga?,” katanya pada program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur hari ini. • Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad. • Beliau berkata ketika ini terdapat pihak yang menuduh beliau sebagai pro-Cina kerana mempunyai hubungan baik dengan DAP, sedangkan ia langsung tidak mempunyai kaitan. • “Kita ini ada kemanusiaan. Apa hebatnya Melayu ini? Melayu ini paling tinggi budaya, paling halus dan sopan santunnya, Melayu ini asalkan jangan kamu hilangkan martabat, prinsip, agama, budaya... itu identiti kita, kita rangkul semua yang lain,” katanya. • Mengambil contoh perkembangan di Gaza, Palestin Anwar berkata serangan terhadap negara itu bermula, kerana sentimen kaum serta kebencian terhadap Islam dan Arab yang keterlaluan. • Beliau berkata sentimen tersebut telah menyebabkan Israel menyerang Gaza sejak 68 tahun lepas, dengan merampas tanah dan rumah serta pembunuhan beramai-ramai atau genosid. • • sUMBER bERITA • 1. https://www.malaysiakini.com/news/724603 • 2. https://www.malaysiakini.com/news/724586 • #dsanwaribrahimpm10 #malaysia #kerajaanperpaduan

#############################









New on site
Content Report
Youtor.org / YTube video Downloader © 2025

created by www.youtor.org