Udang Black Pepper Kuah Pekat Dan Sedap Wajib Cuba











>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=tkbkrawjBrw

UDANG BLACK PEPPER | KUAH PEKAT DAN SEDAP | WAJIB CUBA • Kalau sebelum ni dah selalu buat ayam black pepper, cuba lah kali ni tukarkan kepada udang. Waah! Serious sedap tauu • Dengan udang segar dia, bahan lada hitam dan arom capsicum memang berselera! • Bahan-Bahan : • ½ biji bawang besar • 2 biji bawang kecil • 4 ulas bawang putih • ½ inci halia • 3 sudu kecil lada hitam • ½ biji vawang holland • sedikit lada benggala @ capsicum merah, kuning dan hijau. • 2 sudu kecil tepung jagung • daun sup dan batangnya • daun bawang dan batangnya • Udang • 1 sudu makan kicap lemak manis • 1 sudu makan sos tiram • serbuk lada hitam secukup rasa • • CARA PENYEDIAAN UDANG BLACK PEPPER : • ✔️ Mula-mula perap dulu udang. Masukkan sos tiram, kicap, serbuk lada hitam dan tepung jagung. Gaul sebati. • ✔️ Sementara tu, kita blend bahan tumis ye. Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, halia dan lada hitam. Kisar sehingga hancur • ✔️ Panaskan minyak, blend bahan tumis sehingga wangi atau naik minyak. Masukkan udang • ✔️ Gaul supaya udang sebati dengan bahan tumia tadi. • ✔️ Masukkan batang daun bawang dan capsicum. • ✔️ Kemudian masukkan sedikit garam • ✔️ Akhir sekali masukkan bawang holland, daun sup dan batangnya, dan daun bawang. Gaul sekejap sahaja gunakan api perlahan. • ✔️ Rasa dah cukup boleh lah padamkan api. • ✔️ Sedia untuk dihidangkan dengan nasi panas ye. 😊 • #Udangblackpepper • #PortResepi • #SendukKakLong

#############################









Content Report
Youtor.org / YTube video Downloader © 2025

created by www.youtor.org