Melantak Eira Syazira Video Peribadi Keek 100
#############################
Video Source: www.youtube.com/watch?v=05tZDYtzaBM
PROFIL BIODATA: • NAMA KOMERSIAL: Eira Syazira • NAMA SEBENAR: Syazira Shuhaimi • TARIKH LAHIR: 19 Julai 1984 • TEMPAT LAHIR: Kuala Lumpur • ADIK-BERADIK: Anak kedua daripada enam beradik • KARIER: Pelakon dan penyanyi • TEATER: Lorong 2/90 dan Bangsawan Lela Manja • FILEM: Bisikan Remaja, Ngangkung • DRAMA: Puluhan antaranya Gerak Khas, Sembilu, Ibu Kota Cinta, Kaca, Lesen, Meniti Bara, Senja Kala, Dosa Haniza, Seteguh Kinabalu, Elly, Ku Milikmu, Embun Mutiara Cinta Balqis. • Secebis Artikel Mengenai Eira Syazira: • BELUM setahun pelakon popular, Eira Syazira melayari bahtera perkahwinan yang dibina bersama suami, Azad Jasmin John Louis Jeffri atau Azad Jasmin, pasangan ini sudah terjebak dengan pelbagai kontroversi. • Rasanya khalayak sendiri sudah mengerti apakah cerita panas yang melanda Eira dan Azad Jasmin atau Azad sehingga menggemparkan industri hiburan seketika rentetan daripada majlis perkahwinan mereka pada September tahun lalu. • Tidak hanya cerita panas itu yang menjadi perbualan tetapi sikap Azad menangani isu tersebut juga menjadi perbualan ramai. • Secara tidak langsung, ramai yang mula nampak warna sebenar pelakon drama bersiri Adnan Sempit itu yang sebelum ini cukup dikenali sebagai seorang yang penuh humor dan lucu orangnya. • Sebagai seorang isteri, sudah pasti Eira juga terpalit dengan persepsi masyarakat berhubung perlakuan si suami yang dilihat tidak profesional dan bersikap keanak-anakan dalam berhadapan dengan kontroversi. • Tetapi bagi wanita berusia 28 tahun ini, dia enggan mengambil kisah apa yang diperkatakan oleh masyarakat tentang dirinya dan suami. • Bagi Eira, hanya dia yang mengetahui siapakah suaminya yang sebenarnya dan sebagai isteri, adalah menjadi tanggung jawabnya untuk mempertahankan kedudukan Azad seandainya ada tuduhan melulu yang dilemparkan. • Sama juga seperti dirinya yang dituduh dengan pelbagai fitnah yang mengaibkan sewaktu hendak mendirikan rumah tangga. • Tetapi, sebagai seorang pelakon yang sudah 10 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni, Eira sudah masak untuk mengawal keadaan. Jika ada yang tidak betul, dia lebih selesa untuk tidak membuang masa dan memikirkannya. • Saya lebih kenal Azad. Benar, orang luar mungkin melihat dirinya sebagai seorang yang kelakar dan lucu seperti mana karakternya di dalam filem mahupun televisyen. • Tetapi, dia juga manusia biasa yang mempunyai perasaan. Kalau ada yang tidak puas hati, dia akan suarakan secara lantang dan sama sekali tidak akan menyimpan perasaan. • Azad juga seorang yang berterus-terang dan kalau ada sesuatu yang mencabar dirinya terutama cerita tidak betul, dia akan bangkit dan mempertahankan diri. • Alhamdulillah, semua perkara yang berlaku sudah selesai dan kami tidak mahu lagi mengenangnya. Biarlah ia menjadi satu pengalaman untuk kami lebih matang mengharungi kehidupan sebagai suami isteri, luah Eira penuh luhur sewaktu ditemui di Studio Utusan, Kuala Lumpur, baru-baru ini. • Mendirikan rumah tangga pada 17 September lalu, ternyata Eira mempelajari banyak perkara baru untuk terus memperbaiki dirinya sebagai seorang isteri. • Apa yang diutamakan oleh Eira dan Azad adalah aspek komunikasi dalam mengeratkan lagi hubungan mereka sementelah masing-masing sibuk mengejar karier sebagai pelakon. • Justeru, apabila kedua-dua berada di rumah, mereka akan cuba mengalihkan perbualan daripada bercerita tentang kerjaya dan mencari ruang untuk melakukan aktiviti yang bersesuaian. • Kami amat mementingkan hubungan kekeluargaan dan apabila sudah bergelar suami isteri, kami mahu menjaganya. Lantaran itu, aspek komunikasi sangat penting. • Biar penat sekalipun, saya tidak pernah menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. • Apatah lagi, Azad sendiri sudah memberikan sokongan dan restu untuk meneruskan karier, jadi saya perlu memelihara batas serta tingkah laku untuk tidak menjadi bahan perbualan masyarakat. • Alhamdulillah, hampir setahun berkahwin, saya dan Azad cukup bahagia. Insya Allah, kami terus berdoa untuk ikatan ini kekal sehingga ke akhir hayat, jelas pemilik nama penuh Syazira Shuhaimi ini penuh optimis. • Sempat diusik dengan pertanyaan tentang cahaya mata, sambil mengukir senyuman manis, aktres berwajah lembut ini sememangnya sudah bersedia untuk bergelar ibu setelah disahkan mengandung. • Eira sendiri menyampaikan khabar gembira itu kepada peminatnya di laman Twitter dengan menulis bahawa doktor mengesahkan janin dalam kandungannya berusia enam minggu. • Saya sudah berusia 28 tahun manakala Azad pula 36 tahun. Kalau diukur pada angka itu, memang kami berdua sudah cukup haul untuk memiliki zuriat sendiri dan bila disahkan mengandung, ia adalah detik-detik sangat bahagia kami. • Kami memang sukakan kanak-kanak dan kalau boleh mahu ramai anak, katanya dalam nada penuh mengharap. • Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/info.asp?y=2... • © Utusan Melayu (M) Bhd
#############################