Kawasan Mahsuri Jalani Hukuman Tiada Rumput tumbuh sehingga sekarang











############################# Video Source: www.youtube.com/watch?v=EQ1aNumNWiM

Laman Tugu Keris Berhampiran Airpot dan Pusat Bandar Padang Matsirat Langkawi. • Dalam Tahun 1830 Sultan Ahmad Tajuddin HalimSyah dinasihatkan Inggeris berpindah Ke Melaka mengelak dari ancaman Siam. • Pada ketika Itu D Langkawi tersebar Fitnah Mahsuri berbuat Sumbang.Datuk Pekerma jaya telah menjatuhkan hukuman Bunuh mengikut undang2 pelakuan sumbang antara isteri orang dgn lelaki bujang. • Kuasa hukuman bunuh kuasa mutlak Sultan.Namun Sultan tiada dlm negeri ketika itu.wakil sultan mengambil alih. • Mahsuri Telah ditangkap ketika hampir Subuhkerana bimbang ramai orang melihat dan bakal menggangu. Keluarganya telah berusaha berbagai cara termasuk menyerahkan kesemua harta mereka tetapi tidak di endahkan.Mahsuri sempat menyusukan anaknya yng menangis namun belum reda tangisan dia ditangkap dan di heret dari kpg Mawar ke lokasi Padang Matsirat. • Dia di ikat pada sebatang pokok Asam yng Rendang. • Mahsuri merayu agar siasatan adil di buat.dan meminta tunggulah kepulangan suaminya dulu,agar ia boleh meminta ampun maaf sekiranya bersalah. Demi maruah Datuk pekerma tetap bertegas hukumannya dengan cara Salang /Selang di tikam dgn' Keris Penyalang leher kiri terus tembus ke jantung,Di rodok-rodok kemudian keris di cabut. ada versi kata Mahsuri Di sula dari dubur di rodok hingga ke jantung dengan Tombak atau Lembing Penyula Ke anehan berlaku tiada satu senjata pun dapat melukai Mahsuri. • Namun Orang Suruhan Datuk Tetap meneruskan Usaha membunuh Mahsuri..Ketika itu sedarlah beliau bahawa tiada jalan lain dari Redha lalu Katanya: • :Hei Tuan-Tuan ,Senjata yang hampa ada dlm dunia ini haram dan lut makan aku .Pergila hampa kerumah bapa aku,ada sebilah tombak yang pak aku jumpa semasa tanam sireh dulu.Haa itulah benda yang boleh makan aku:. • Hei tuan-tuan sekelian .Hari ini saya ceritakan .Saya terainaya .Fitnah ini bermula dari abang ipar saya,kerana saya menolak untuk bermukah semasa peninggalan suamiku.Pada hari ini saya telah reda untuk mati • Orang Datuk Pekerma telah segera mendapatkan tombak dikatakan di rumah Mahsuri. Senjata itulah digunakan untuk menikam jasad Mahsuri setelah ditikam lalu dicabut keluarlah darah memancut dan hilang di udara. • Sebelum menghembuskan nafas terakhir Mahsuri telah Bersumpah Aku sumpah Pulau Langkawi jadilah Padang Jarak Padang terkukur sehingga tujuh keturunan . • Ada versi menyebut Mahsuri berkata Ya ,Allah jadikanlah darahku berwarna putih untuk membuktikan aku tidak bersalah • Tempat dimana dikatakan tertumpahnya darah mahsuri rumput tidak tumbuh sehingga sekarang • Wallahualam • Catatan ini saya rujuk dari sumber yang di bentangkan oleh Dr.Ibrahim Bakar (Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah )pada 31julai 2019 .di auditorium Galeria Perdana bertemakan ,Langkawi ,Mitos,Lagenda dan Sejarah Yang Tersirat.bersama pengiat industri pelancongan juga pihak LADA,Muzium dan arkib negara. • Cerita Lisan di ambil Dari Din bin Kassim kg.Paya pdg matsirat.Bulat b Shafie Kg Bayas.Saad b Daud(tok Ad) kg mawat.Penghulu Din Kg pdg Matsirat.Tok Tijah bkt Temin..Puan halimah dari Phuket.Pn Fatimah bt Yahya Kg.Bohor (umur 100thn).Ahmad Bin saman Kg.Bayas.Pn Aminah bt nani P.pinang.Ismail Yaakob.Rencana Berita minggu 1973.Hjh Tom bt Dato Abdul Razak.tulisan buku rampai hasil temubual org lama langkawi tahun 1952.Dato Wan ibrahim bin wan suloh lahir 1900.YTM Tunku Abdul RahmanPutra Pegawai daerah Langkawi 1933.(filem Kris production 1958 (cerita asal dari Ku Ibrahim..Makam asal di bina pada 1934 .pembiayaan En.Phar Sia Theong. Haji Buyong Adil 1980 penulis Buku Sejarah Kedah . pihak Muzium negeri Kedah-buku Majlis penceritaan Mahsuri.Dato Ismail Salleh 1999 penulis Buku Tak sesungguh Seluang Melaut.. • Penutup kata: Kertas Kerja satu Kisah sejarah dari kisah yang dikatakan Mitos .Sebenarnya amat sukar disusun sebab itu tahun tahun yang dicadangakn tidak jauh dari peristiwa sebenar . • Penceritaan yang berkaitan dengan peribadi Mahsuri tidak sepatutnya direka-reka.terutama berkaitan tuduhan salah terhadapnya • Sudah diketahui kedudukan Kubur Mahsuri di kampung Mawar sejak Lama. usaha mengalihkan dan menidakkan kedudukan Makam Wanita teraniaya ini akan berkesudahan impak yang buruk.Perkuburan lama ini perlulah dijadikan sebagai perkuburan bukan mengubahnya kpd objek lain.Pengunjung datang ke makam mahsuri untuk mengunjungi perkuburan seorang wanita yang teraniaya. • Hanya Allah yang Maha mengetahui • Tulisan catatan ini diambil dari rujukan terpaksa saya ringkasan tanpa lari maksud sebenar .sebab youtube hanya benarkan 5000 huruf sahaja. ngam ngam sahaja salah silap harap maaf • Shamsuddin TG15782 ..31mei 2020.Covid-19 Pkpb. • Rujuk ulasan saya siri I di .   • Mahsuri sejarah bukan Dongeng. Catata...   juga di    • Kolam Air  Panas Langkawi..2020   selamat menonton

#############################









Content Report
Youtor.org / Youtor.org Torrents YT video Downloader © 2024

created by www.mixer.tube