MRSM Kuala Krai Kelantan Maktab Rendah Sains MARA











############################# Video Source: www.youtube.com/watch?v=ats9lE63xeY

Maktab Rendah Sains MARA Kuala Krai (MRSM Kuala Krai) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di tepi Lebuhraya Kuala Krai - Gua Musang, dekat Kampung Padang Sembilan, dalam jajahan Kuala Krai di negeri Kelantan. • Ia telah ditubuhkan di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat bil 20 1966 sebagai satu usaha untuk mencapai matlamat MARA dalam bidang latihan dan pendidikan yang berakar umbi dari Persidangan Kongres Ekonomi Bumiputera tahun 1965 dan 1968. • Seterusnya dalam usaha MARA untuk melahirkan cendiakawan bumiputera yang maju dan berdaya saing dalam era teknologi maklumat ini, sebuah demi sebuah MRSM telah ditambah dan dikembangkan operasinya. Maka, dalam Rancangan Malaysia Ke-7 sebuah lagi penubuhan MRSM di negeri Kelantan telah diluluskan iaitu MRSM Kuala Krai. • Cadangan pembinaan Maktab Rendah Sains MARA, di atas Lot 1624/B, Mukim Kuala Pahi, Daerah Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai, Kelantan Darul Naim telah direalisasikan dengan penyerahan pembinaan kepada kontraktor Kubang Batang Puspasari Sdn. Bhd. pada 25 September 1999 dan MRSM Kuala Krai ini mula beroperasi pada 1 Februari 2002. • Upacara perasmian MRSK Kuala Krai ini telah dirasmikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan Tunku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 9 Jun 2003 bersamaan 8 Rabiul Akhir 1424H secara gilang gemilang. • Kini kampus MRSM Kuala Krai megah di tepi lebuh raya Kuala Krai-Gua Musang, bertentangan dengan Kampung Rahmat dan berjiran dengan Sekolah Menengah Ugama (A) Rahmaniah. • Kemasukan pelajar pertama ke MRSM Kuala Krai merupakan pelajar-pelajar tingkatan 2 dari MRSM Jeli iaitu pada 10 Mac 2002. Diikuti pula kemasukan pelajar-pelajar tingkatan 1 pada 18 Mac 2002 dan pelajar-pelajar tingkatan 4 pada 25 Mac 2002. • Lagu Maktab: • Wahai putera puteri bangsaku • Ayuh segera menuju • Mengikut gerak langkah maju • Bersatu mencari ilmu • Di zaman sains dan teknologi • Negara perlukan jasamu • Janganlah rasa malas lagi • Bersama memegang teraju • Di Maktab Rendah Sains MARA • Tuntut ilmu jangan jemu • Ikrar taat setia pada guru • Berdisiplin selalu • Hari ini hari mulanya • Hari esok berjaya • Lengkapkan segala yang ada • Ke kuliah kita segera • #mrsm #kualakrai #kelantan #fawwazmedia • ---------- • Persistence by Punch Deck |   / punch-deck   • Music promoted by https://www.free-stock-music.com • Creative Commons / Attribution 3.0 Unported License (CC BY 3.0) • https://creativecommons.org/licenses/...

#############################









Content Report
Youtor.org / Youtor.org Torrents YT video Downloader © 2024

created by www.mixer.tube