Tahu Tempe Tumis Belacan Sambal Godok Tempe Tahu Santan











############################# Video Source: www.youtube.com/watch?v=lEzrYStzAHw

RESEPI lengkap Tahu Tempe Tumis Belacan di laman web Nasser's Kitchen di https://nasserskitchen.com • FOLLOW di Facebook :   / nasserskitchen   dan Instagram :   / nasserskitchen   • SUBSCRIBE: • https://bit.ly/2s0yv1o • • • • • • • TEKS PENUH VIDEO • Selamat datang ke Nasser's Kitchen. Resepi kali ini ialah Tahu Tempe Tumis Belacan satu masakan klasik Johor yang kurang dikenali generasi muda. Mungkin dikenali dengan nama lain bergantung kepada tempat, tetapi dipercayai berasal dari masakan Sambal Godok Tempe Tahu Santan masyarakat Jawa Johor. Cara membuatnya pun mudah. Jom kita ke dapur! • Bahan utama yang kita perlukan ialah 4 keping tahu (200g), potong setiap keping kepada 4 dan goreng sehingga kuning seperti ini dan ketepikan. • Kita juga perlukan 4 keping tempe (240g). Kalau boleh dapatkan tempe yang dibalut dengan daun dan bukannya plastik kerana rasanya lebih sedap. Potong tempe seperti ini dan ketepikan. • Kita juga perlukan 3cm halia, 2 biji bawang kecil, 7 ulas bawang putih, 5 biji cili hijau dan 15g belacan. Halia, bawang merah kecil, bawang putih dan cili perlu dihiris sebelum ditumis. Halia dipotong begini, halia begini, bawang merah begini dan akhirnya cili hijau begini. • Kita juga perlukan 150g udang sebagai bahan perencah, di potong seperti ini. • Kalau mahu boleh juga tambah 150g peria, dipotong kecil. Dan juga 100g petai, dibelah dua. Kedua-dua bahan ini boleh ditinggalkan jika anda bukan penggemar peria dan petai. • Panaskan sedikit minyak dalam kuali untuk menumis. Masukkan bawang merah kecil, bawang putih dan halia. Bila bawang dah mula kuning, masukkan undang. Undang boleh dikeluarkan selepas mula berwarna merah jika tidak mahu undang terlebih masak. Untuk kali ini saya tidak keluarkan. • Kemudian masukkan cili hijau, diikuti petai dan peria. Seterusnya masukkan tempe dan gaulkan sekata.Tambah 250ml (1 cawan) satan segar pekat atau santan kotak. Kalau ada kerak-kerak perang dibahagian bawah kuali, larutkan dengan santan. Kerak-kerak ini penuh dengan perisa. • Tambah 250ml lagi santan pekat. Bila santan mula mendidih masukkan tahu yang kita goreng tadi dan gaulkan. • Jangan lupa campurkan belacan dengan 2 sudu pes asam jawa dan larutkan dengan sedikit air .Masukkan 4 sudu besar campuran air asam jawa dan belacan. Kalau tak cukup masam boleh tambah lagi. • Tambahkan 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk perasa jika mahu dan 2 sudu kecil gula atau secukup rasa. Imbangan masin, manis, masam dan pedas sangat penting dalam masakan ini. • • Kacau, jangan tak kacau! • Sekiranya kuah terlalu pekat boleh tambah sedikit air untuk cairkan kuah, tetapi jangan terlebih air kerana masakan ini kuahnya sepatutnya pekat sedikit. Renihkan perlahan-lahan untuk 6-8 minit atau sehingga pecah minyak. • Tempe Tahu tumis belacan siap untuk dihidangkan sebagai lauk sampingan bersama nasi putih sebagai lauk sampingan.Sila tekan butang subscribe dan butang loceng di YouTube. Jangan lupa follow di Facebook dan Instagram. Ada bermacam-macam lagi resepi dichannel ini, selamat mencuba!

#############################









Content Report
Youtor.org / Youtor.org Torrents YT video Downloader © 2024

created by www.mixer.tube