SEJARAH TINGKATAN 3 BAB21 PELUASAN KUASA BRITISH DI SINGAPURA
>> YOUR LINK HERE: ___ http://youtube.com/watch?v=4NvZX3gAFqk
BAB 2.1 PELUASAN KUASA BRITISH DI PULAU PINANG SINGAPURA DAN MELAKA • LATIHAN : • http://bit.ly/LATIHANPELUASANKUASABRI... • Peluasan Kuasa British di Singapura • 1) Perang Napoleon (1793-1814) • – Belanda ditawan oleh Perancis • – Raja Belanda berundur ke England dan menandatangani Surat Kew pada tahun 1795. • – Berdasarkan Surat Kew, Belanda menyerahkan tanah jajahannya secara sementara di Timur kepada British sehingga perang tamat • Kepentingan Singapura kepada British • 1) British memerlukan pelabuhan yang lebih strategik untuk bersaing dengan Belanda di Alam Melayu • 2) Kedudukan Singapura di bahagian selatan Semenanjung Tanah Melayu dapat mengawal kegiatan perdagangan Selat Melaka dan Selat Sunda • 3) Singapura dijadikan sebagai pusat pengumpulan hasil-hasil ekonomi Alam Melayu • 4) Kebanyakan kapal dagang berlabuh di pelabuhan Betawi, Riau dan Lingga • Pertapakan British di Singapura • Isu pewarisan takhta kesultanan Johor Riau • 1) Sultan Mahmud Shah III mempunyai dua orang putera (Tengku Hussein, Putera Sulung dan Tengku Abdul Rahman, putera bongsu) • 2) Tahun 1812: Sultan Mahmud Shah III mangkat. Tengku Abdul Rahman hadir semasa pemakaman Almarhum Sultan di Lingga • 3) Tengku Hussein tidak hadi semasa Almarhum Sultan dimakamkan kerana berada di Pahang • 4) Tengku Abdul Rahman ditabalkan sebagai Sultan Johor Riau. Mendapat pengiktirafan daripada orang Belanda dan Bugis • 5) Tengku Hussein yang diketepikan telah berundur dan menetap di Riau • – Tindakan Stamford Raffles memanipulasikan isu pewarisan takhta menyebabkan Kesultanan Johor Riau mempunyai dua orang sultan • i) Sultan Abdul Rahman di Lingga • ii) Sultan Hussein di Singapura • Perjanjian • 1) Perjanjian 6 februari 1819 • – Stamford Raffles menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman • Kesan: – petempatan British di Singapura diiktiraf • – British menaikkan bendera Union Jack di Singapura pada 13 Feb 1819 • – William Farquhar (1819-1823) dilantik sebagai Residen pertama Singapura • 2) Perjanjian 2 ogos 1824 • – Residen Singapura, John Crawfurd (1823-1826) menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein dan Temenggung Abdul Rahman • Kesan: -Singapura diserahkan kepada British untuk selama-lamanya • – Sultan dan Temenggung hilang kedaulatan ke atas Singapura • – sebagai ganti, Sultan dan Temenggung diberikan bayaran pampasan dan pencen bulanan seumur hidup
#############################